Lubnan yang dilanda krisis ekonomi tidak mampu memberi subsidi makanan kepada penduduknya. foto Reuters

LUBNAN – Penunjuk perasaan menyekat jalan raya di Beirut selepas kerajaan dilaporkan akan memotong beberapa subsidi untuk makanan asas.

Mereka bertindak membakar tayar di tengah-tengah bandar dan cuba untuk berarak ke bangunan Parlimen.

Tindakan itu menyusul selepas Bank Pusat memaklumkan subsidi tepung, bahan bakar dan ubat-ubatan tidak dapat diteruskan melebihi dua bulan lagi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran akan berlaku bencana sosial di negara termiskin itu.

Hashtag #lifting_of_subsidies dan #Lebanon_revolts menjadi tren teratas di Twitter di negara ini.

Bank Pusat telah memberikan mata wang asing kepada pengimport barang-barang termasuk tepung dan bahan bakar pada harga yang menguntungkan ketika pound Lubnan terus merosot nilainya sejak krisis ekonomi berpanjangan.

Puluhan ribu penduduk telah terjerumus dalam kemiskinan, juga terkesan akibat wabak koronavirus.

Pada bulan Ogos, ribuan penunjuk perasaan menyerbu kementerian-kementerian kerajaan selepas berlaku letupan besar di kawasan pelabuhan yang menyebabkan lebih daripada 200 orang mati dan ribuan cedera.

Penduduk Lubnan sangat marah dengan kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah letupan di gudang yang menyimpan lebih dari 2,000 tan ammonium nitrat.

Bahan tersebut telah dirampas dari kapal enam tahun yang lalu tetapi tidak pernah dipindahkan.

Kerajaan kemudian terpaksa letak jawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast