TERKINI : Dua Laporan Bukan Palsu, Tiada Kejadian Jenayah Yang Berlaku – KP Selangor

Polis Shah Alam menerima satu lagi laporan jenayah seksual ke atas Syed Shah Iqmal atau Da’i Syed, menjadikan sembilan laporan setakat semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, laporan itu dibuat seorang wanita berusia awal 20-an di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berhubung kejadian jenayah seksual yang didakwa dilakukan Da’I Syed.