Pengasas Pertubuhan Bantuan Makanan Malaysia (Suspended Meal Association Malaysia), Shafezah Abdul Wahab menyerahkan Bantuan Prihatin Covid-19 kepada 150 penerima B40 di PPR Kampung Baru, Ayer Panas, Setapak.
Pengasas Pertubuhan Bantuan Makanan Malaysia (Suspended Meal Association Malaysia), Shafezah Abdul Wahab menyerahkan Bantuan Prihatin Covid-19 kepada 150 penerima B40 di PPR Kampung Baru, Ayer Panas, Setapak.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka menerusi Unit Kokurikulum dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) berjaya mengetengahkan program kemasyarakatan dengan norma baharu ‘virtual volunteering’.

Pengasas Pertubuhan Bantuan Makanan Malaysia, Shafezah Abdul Wahab berkata,  program kemasyarakatan dan serahan sumbangan seperti ini tidak akan terhenti ekoran pandemik Covid-19 malah perlu dilalui menerusi norma baharu.

“Pandemik Covid-19 bukan penghalang gerakan sukarelawan untuk menghulurkan bantuan kepada kelompok sasar. Pelbagai kaeadah dalam norma baharu ini dapat dicerap dalam aktiviti kesukarelawanan antaranya ‘‘virtual volunteering’, yang mana segala persiapan dan penyelenggaraan dilakukan secara atas talian.

“Profiling data kelompok sasar dikumpul melalui sistem atas talian dan pembelian barangan untuk sumbangan juga dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Kemudiannya barangan sumbangan terus dihantar kepada kelompok penerima pada tarikh dan masa yang ditetapkan,” katanya.

Lebih menarik, program itu berjaya mengumpul dana berjumlah RM30,093 untuk disalurkan kepada lebih 700 penerima.

Program jalinan strategik dengan Suspended Meal Association Malaysia ini rata-rata menyasarkan golongan penerima dari kalangan B40 dan golongan kurang upaya yang terkesan dari sudut ekonomi dan sosial di sekitar ibu kota ekoran pandemik Covid-19.
Program jalinan strategik dengan Suspended Meal Association Malaysia ini rata-rata menyasarkan golongan penerima dari kalangan B40 dan golongan kurang upaya yang terkesan dari sudut ekonomi dan sosial di sekitar ibu kota ekoran pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hasrol Jono berkata, penglibatan mahasiswa sebagai sukarelawan dalam program ini dapat meluaskan jaringan kerjasama antara pelajar dengan NGO dan masyarakat.

Ia sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini menjadi duta yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat tempatan terhadap keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan.

“Sungguhpun program ini bertujuan meluaskan rangkaian pelajar dengan masyarakat, pada fasa PKPB ini mereka (mahasiswa) masih tertakluk kepada SOP dan pekeliling yang ditetapkan universiti untuk tidak mempunyai kontak langsung dengan masyarakat luar.
Justeru, perancangan program kesemuanya dilaksanakan secara virtual,” katanya.

Sumbangan telah disampaikan kepada masing-masing 150 keluarga penerima di Sekolah Menengah Datok Lokman, Kampung Pandan dan keluarga di PPR Kampung Baru Ayer Panas, Setapak dan 100 rakan jalanan di Anjung Singgah, Kuala Lumpur.

Matlamat utama program ini adalah dengan menghulurkan sumbangan berbentuk kit penting yang digunakan sebagai keperluan sepanjang dalam tempoh prosedur operasi standard (SOP) krisis Covid-19.

Antaranya pelitup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman, sabun anti-bakteria serta barangan keperluan makanan asas seperti beras, minyak masak, bawang, gula, kopi dan makanan dalam tin.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sumbangan disampaikan mengikut SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan penganjur, penenerima juga peserta.

Sumbangan turut diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk proses agihan kepada kelompok penerima secara berperingkat.

Misi Bantuan Prihatin Covid-19 ini akan diteruskan ke Melaka dan Sabah pada pertengahan bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast