Presiden Iran, Hassan Rouhani

TEHRAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, kerajaannya menyediakan rancangan serampang dua mata dalam memerangi COVID-19 iaitu menghasilkan vaksin sendiri dengan bantuan saintis tempatan dan membelinya dari luar negara, lapor agensi berita IRNA.

Pada petang Selasa, Rouhani menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Memerangi Covid-19 di Ibu Pejabat Kebangsaan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memberi tumpuan terhadap dua perkara, pertamanya dengan melaksanakan dan menguatkuasakan protokol penjarakan fizikal, saringan pintar dan kuarantin kerana ia dianggap kaedah terjamin.

Keutamaan kedua menyediakan kemudahan untuk penghasilan vaksin kepada ahli sains dan pakar tempatan selain membeli pelalian dari luar negara.

Mengulas mengenai sekatan barangan keperluan termasuk vaksin ke atas rakyat Iran yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Rouhani berkata, kelakuan Trump itu suatu yang terkutuk. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast