Helikopter yang dikendalikan Aerien Français memberi perkhidmatan menyelamat di seluruh Perancis. foto Agensi

PARIS – Sebuah helikopter terhempas di pergunungan Alps, mengorbankan lima daripada enam orang penumpang.

Pesawat yang dimiliki oleh syarikat swasta, sedang menjalankan misi menyelamat semasa berada Punca nahasberhampiran bandar Bonvillard di daerah Savoie.

Punca nahas tidak diketahui tetapi kemungkinan besar disebabkan cuaca buruk.

Juruterbang yang masih hidup membunyikan penggera pada sekitar jam 7.10 waktu tempatan (18:10 GMT) setelah berjaya melepaskan diri dari helikopter.

Beliau cedera parah.

Helikopter itu milik Service Aérien Français, sebuah syarikat swasta yang menjalankan misi mencari dan menyelamat dan perkhidmatan udara lain di seluruh Perancis.

Pihak berkuasa Perancis berkata, helikopter jenis Eurocopter EC135 itu membawa kru penyelamat udara dalam misi latihan ketika jatuh dari ketinggian 1,800 meter (5,900 kaki).

Krew yang berada di dalamnya terdiri daripada dua juruterbang – seorang dalam latihan – bersama dua pengendali jentera penyelamat dan dua pekerja penyelamat gunung.

Polis telah mengenal pasti Amaury Lagroy de Croutte sebagai salah seorang mangsa. Sejak tahun 2018, de Croutte telah mengetuai unit gunung.

Tiga helikopter telah dihantar ke lokasi tetapi tidak dapat sampai ke lokasi kerana kabus.

Juruterbang helikopter itu ditemui oleh sekumpulan penyelamat yang ke tempat lokasi dengan berjalan kaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast