LONDON – Seorang nenek yang bakal mencapai usia 91 tahun minggu depan menjadi penerima vaksin Covid-19 Pfizer pertama di dunia.
Margaret Keenan menyifatkan suntikan tersebut sebagai hadiah awal hari jadinya.
Suntikan itu merupakan 800,000 dos vaksin Pfizer/BioNTech yang diagih-agihkan dalam beberapa minggu ini.
Dianggarkan empat juta lagi pesakit akan disuntik menjelang akhir bulan ini.
United Kingdom akan mula memberi suntikan vaksin kepada penduduknya yang berusia 80 tahun ke atas dan kakitangan penjagaan kesihatan.
Sumber NHS berkata, ribuan individu di United Kingdom sudah menerima suntikan pada hari Selasa.
Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata: “Hari ini menandakan kita melawan musuh kita, koronavirus”.
Pada hari Selasa, United Kingdom melaporkan pertambahan 616 kes kematian dalam tempoh 28 hari selepas disahkan positif Covid-19.
Ia menjadikan kes kematikan di United Kingdom meningkat kepada 62,033. Jumlah tambahan kes jangkitan pula 12,282. – MalaysiaGazette