Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 19 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ujian saringan Covid-19 secara bersasar dan besar-besaran di Sektor A Central Spectrum, Pulau Indah, Pelabuhan Klang akan dilaksanakan mulai 10 esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ujian saringan yang akan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu akan melibatkan 45 buah syarikat, 102 premis dengan 1,200 penghuni.

“Majoritinya adalah terdiri daripada orang bukan warganegara dan pekerja asing,” katanya pada sidang media hari ini.

Justeru katanya, Sektor A iaitu Central Spectrum diberikan keutamaan oleh kerana majoriti kes dicatatkan di lokaliti tersebut.

Tambah beliau, sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil saringan di Sektor A, kawasan saringan akan diperluaskan ke Sektor B dan C di Pulau Indah. – MalaysiaGazette