MADRID – Dua mayat ditemui di sebuah bangunan terbengkalai yang diduduki oleh pendatang dan penduduk setinggan selepas ia terbakar dan runtuh sebahagian strukturnya.
Kerja-kerja memadamkan api sedang giat dijalankan dan operasi mengesan mangsa terperangkap turut dibuat.
Kebakaran di Badalona, sebuah bandar pinggir bandar 200,000 di utara Barcelona itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk tiga yang berada dalam keadaan sangat kritikal, kata pihak berkuasa.
Pemangku ketua daerah Catalonia, Pere Aragones memaklumkan kira-kira 60 orang dikesan setakat ini.
Tetapi bangunan perindustrian itu dapat dihuni lebih daripada 100 orang penduduk setinggan.
Media tempatan melaporkan migran Afrika turut ditemui berlindung dalam bangunan itu.
Aragones percaya ramai penghuni di bangunan itu berada di Sepanyol secara haram dan telah meninggalkan tempat kejadian apabila menyedari kebakaran berlaku.
Menteri Dalam Negeri wilayah, Miquel Samper memaklumkan pihak berkuasa akan menyiasat bagi menentukan apakah kebakaran itu berlaku secara “kebetulan atau disengajakan”.
Sebilangan besar yang cedera dirawat kerana trauma setelah melompat dari bangunan untuk menyelamatkan diri.
Kira-kira 30 orang diselamatkan dari tingkap sebelum bumbung runtuh.
Bangunan itu telah dihuni sekurang-kurangnya lapan tahun, kata Xavier Garcia Albiol, Datuk Bandar Badalona, sambil menambah pihaknya telah memulakan operasi mengosongkan bangunan itu setelah penjualan dadah dan kecurian kecil meningkat di kawasan tersebut sehingga menimbulkan masalah dengan jiran lain. – MalaysiaGazette