Gambar hiasan

LONDON – Golongan yang ada alahan serius tidak boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19, vaksin Pfizer-BioNTech.

Itu amaran daripada penyelia perubatan Britain susulan dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom (UK).

“Petang semalam, dua kes dilaporkan mengalami gejala anafilaksis (alahan teruk). Kami faham bahawa golongan itu tidak terlibat dalam ujian klinikal fasa terakhir,” kata Ketua Eksekutif MHRA, June Raine, lapor Reuters.

Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai gejala alahan yang serius tidak akan terlibat sebagai peserta bagi ujian klinikal fasa ketiga, dan perkara itu adalah selari dengan protokol kelulusan kecemasan MHRA.

Pada Selasa, Britain telah memulakan program vaksinasi kepada golongan bersasar, termasuk golongan warga emas dan petugas barisan hadapan bagi keguanaan vaksin Pfizer-BioNTech.- MalaysiaGazette