Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,234 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini – jumlah tertinggi harian yang pernah dicatatkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 2,229 kes positif baharu yang dicatatkan itu merupakan kes daripada penularan tempatan manakala lima lagi merupakan kes import.

Katanya, Selangor merupakan penyumbang kepada peningkatan kes baharu dengan 1,428 kes, disumbangkan daripada Kluster Seruling dengan 842 kes dan Kluster Hentian 315 kes.

“Negeri Sabah mencatatkan jumlah kes positif sebanyak 274, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (136) manakala Perak pula sebanyak 115 kes,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan kes terbaharu Covid-19, hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan, bilangan kes sembuh akibat wabak itu adalah  sebanyak 1,112, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya sebanyak 66,236 kes atau 84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, terdapat tiga kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 396 kes. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Negara2 atau NGO2 Islam diseluruh dunia perlu mendesak Sri Langka atau mana2 negara supaya tidak membakar mayat orang2 Muslim yang meninggal disebabkan COVID-19.

    Tindakan yang tidak bermoral ini perlu segera dibantah!

Comments are closed.