Gambar hiasan

TOKYO – Jepun akan membeli 10,500 unit peti sejuk untuk menyimpan vaksin koronavirus dan turut mempertimbangkan pembelian ais kering dalam bentuk pukal, kata Kementerian Kesihatan.

Jepun sudah membuat perjanjian untuk membeli 290 juta dos vaksin dari Pfizer, AstraZeneca and Moderna, atau sekurang-kurangnya mencukup bagi 145 juta penduduknya, jika setiap orang memerlukan dua dos.

Vaksin Pfizer perlu disimpan pada suhu -75 darjah Celsius dan Moderna pula -20 darjah Celsius.

Pfizer serta Moderna dan rakan kongsi domestiknya Takeda Pharmaceutical merancang membina rangkaian untuk menyimpan vaksin pada suhu yang sesuai semasa ia diedarkan, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Angka jangkitan koronavirus di Jepun meningkat kepada 600 sehari buat kali pertama.

Pakar pasukan petugas virus Tokyo mengatakan peningkatan jangkitan telah memberi beban tambahan kepada hospital, sehingga menyulitkan mereka untuk melakukan rawatan kepada pesakit biasa.

Tokyo melaporkan 602 kes baru pada hari Khamis, sementara jumlah harian untuk seluruh negara adalah 2,810.

Jepun telah melaporkan 168,573 jangkitan sejak wabak itu bermula, dengan 2.465 kematian. – MalaysiaGazette