Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran itu melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat serta 453 surau, di ketiga-tiga daerah berkenaan yang dikategorikan sebagai Zon Hijau.
“Program pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan bacaan Yassin juga dibenarkan dengan syarat penceramah dijemput dari Zon Hijau sahaja manakala kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan solat fardhu adalah untuk jemaah warganegara sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Arahan khusus telah dikeluarkan JAIS kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat untuk dikuatkuasakan serta merta,” katanya.
Mohd Shahzihan berkata JAIS berharap agar seluruh umat Islam di Selangor meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh JAIS, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan Covid-19.- MalaysiaGazette