Usul pengurangan peruntukan bagi perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berjumlah RM45 juta daripada RM81.5 juta seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 diluluskan hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, usul itu dipersetujui dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 6 ahli Parlimen – 3 daripada blok pembangkang dan penyokong kerajaan.