Kumpulan penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bertemu pada Khamis dan mengesyorkan agensi itu mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) kepada vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dengan kerjasama syarikat Jerman.-Gambar hiasan.

WASHINGTON – Kumpulan penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bertemu pada Khamis dan mengesyorkan agensi itu mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) kepada vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dengan kerjasama syarikat Jerman, BioNTech, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA, yang terdiri pakar sains dan kesihatan awam bebas dari seluruh negara, bertemu membincangkan permintaan pertama EUA untuk calon vaksin, yang dihantar oleh Pfizer dan BioNTech.

Menurut laporan media, jika ia diluluskan kumpulan pertama vaksin dapat diedarkan di negara ini dalam beberapa hari.

Pekerja penjagaan kesihatan dan penghuni rumah penjagaan akan menjadi antara yang pertama menerimanya, tambah laporan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast