Dr Azmi Hassan

KUALA LUMPUR – Kecelaruan serta krisis politik di Perak baru-baru ini membuktikan UMNO sememangnya sebuah parti yang mampu melakukan sesuatu tidak terduga. 

Namun pada masa sama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pula telah berlangsung dengan keadaan cukup harmoni dan tenang sekaligus mempamerkan kestabilan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Oleh yang demikian idea atau cadangan penubuhan gagasan baharu yang dicetuskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin ada baiknya untuk ‘mengikat’ persefahaman lebih utuh sesama mereka.

Itu kata Pakar Geostrategis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berhubung cadangan mewujudkan gagasan besar antara Gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dengan menggunakan dalil persidangan DUN Perak dan Johor inilah satu gagasan PN, UMNO dan GPS diperlukan untuk mengikat persefahaman lebih kuat pada masa hadapan.

“Pemeteraian melalui ikatan secara formal diperlukan bukan sahaja untuk kestabilan politik tetapi juga memberi keyakinan kepada rakyat terutama orang Melayu yang ditafsir berpecah belah kerana wujudnya pelbagai parti politik tunjang Melayu.

“Tetapi ikatan rasmi ini memerlukan UMNO untuk lebih berhati-hati kerana tahap kepercayaan terhadap Bersatu masih lagi dalam peringkat curiga terutama selepas apa yang terjadi dalam episod Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN).

“Tidak syak lagi jika pada satu sudut ikatan yang kukuh amat diperlukan tetapi satu lagi pihak akan merasakan kebebasan UMNO terikat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Azmi mengulas cadangan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berkata dengan termeterainya piagam itu, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh.

Dakwa Hamzah, ia dapat mencerminkan keupayaan gagasan itu untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat pada masa hadapan.

Menurut Azmi lagi, bagaimanapun mengikut kenyataan Hamzah gagasan itu akan ditunjangi dengan sama rata oleh Bersatu, UMNO dan Pas.

“Kriteria ini penting bila agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15  kerana banyak kerusi sebelum ini ditandingi UMNO bertindih dengan Bersatu.

“Bukan sahaja UMNO perlu berwaspada tetapi GPS juga khuatir kerana adakah gagasan ini membolehkan parti politik Semenanjung dalam gagasan bertanding dalam PRN dan PRU Sarawak,” soalnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bersatu cadang gagasan besar 3 gabungan parti

1 Komen

  1. Kontrak Sosial disebabkan uniknya mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi kaum pendatang cina keling untuk menang sorak kampung tergadai jelas terbatal memandangkan tanah Melayu kini merosot ke 12% dan majority ekonomi negara dimiliki korporat kaum pendatang cina keling.
    Tiba masanya pribumi Melayu ikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan dengan menaikkan cukai ke atas kaum pendatang demi menangani rasuah sambil menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.

Comments are closed.