Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menunjukkan Pulau Pinang kini menghampiri zon merah sepenuhnya apabila empat daripada lima daerahnya berada dalam zon itu hari ini.

Negeri itu menyaksikan hanya daerah Seberang Perai Utara yang masih dikategorikan zon jingga dengan 37 kes Covid-19.

Daerah Barat Daya mencatatkan kes positif tertinggi dengan 302, Timur Laut dengan sebanyak 198 kes.

Dua lagi daerah iaitu Seberang Perai Selatan sebanyak 54 kes dan Seberang Perai Tengah pula sebanyak 42 kes.

Selangor pula tinggal dua daerah yang masih belum memasuki zon merah berbanding tujuh yang sudah dikategorikan sebagai zon merah.

Daerah Sabak Bernam hari ini mencatatkan cuma enam kes dan Hulu Selangor dengan 28 kes.

Daerah Klang mencatatkan zon merah tertinggi di negeri itu dengan 3,754 kes diikuti Hulu Langat dengan 1,932 kes.

Daerah Petaling pula 832 kes dan Gombak dengan (372 kes), Kuala Langat (157 kes), Sepang (121 kes), dan Kuala Selangor (93 kes).

Sementara itu, semua mukim di Kuala Lumpur telah mencatatkan kes zon merah dengan 974 di Lembah Pantai, 578 kes di Kepong, 401 kes di Cheras dan 336 kes di Titiwangsa.

Negeri Sabah masih mencatatkan zon merah tertinggi dengan 13 daerah di mana Kota Kinabalu (1,168 kes), Lahad Datu (830 kes), Sandakan (651 kes), Tuaran (382 kes), Penampang (375 kes), Tawau (339 kes), Putatan (127 kes), Kota Belud (90 kes), Kudat (68 kes), Papar (61 kes), Keningau (52 kes), Semporna (50 kes), dan Pitas (45 kes).

Johor pula mencatatkan empat zon merah dengan Batu Pahat (580 kes), Johor Bahru (379 kes), Muar (76 kes) dan Kulai (51 kes).

Perak dan Kedah masing-masing mempunyai dua zon merah di Hilir Perak (428 kes ), Kinta (192 kes), Kulim (199 kes) serta Kota Setar (44 kes).

Di Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang pula masing-masing satu kes iaitu di Pasir Putih (71 kes), Seremban (1,402 kes) dan Bentong dengan (361 kes).

Perlis yang sebelum ini negeri dikategorikan hijau kembali mencatatkan kes positif Covid-19 dengan satu kes di Kangar.

Manakala di Terengganu, Melaka dan Sarawak tidak mempunyai sebarang zon merah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.