Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak segera ke atas pembodek-pembodeknya supaya tidak memikul biawak hidup dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Presiden PKR itu berkata, ‘budak-budak’ yang mengelilingi Anwar hanya muncul selepas Presiden PRK itu dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal Perdana Menteri.

Menurut Rafizi, mereka sangat kuat membodek demi mendapat tempat jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

”Saya dah nasihat lama,” kata Rafizi selepas sekian lama menyepi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas perbualan Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang didakwa mempersendakan Anwar tular sejak beberapa hari ini.

Susulan itu, banyak pihak menggesa tindakan tegas diambil ke atas Akmal.

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pemimpin muda PKR itu. – MalaysiaGazeette

3 Komen

  1. ketua MUNAFIK NEGARA…meneruskan agenda MUNAFIKnya…TENGOK Dan Dengar sini saya anwar ibrahim INGIN bagitau tuan-tuan SAYA 130 NOMBOR EKOR KEPALA utk dipersembahkan..SAYA ulang saya ulang …TRAGEDI OKTOBER menghantui TERUS MENGENCING YDPA dan rakyat hingga akhir Hayat….Yang terbaru bergegar Dunia PUNAH H arapan AKAN pasti BELANJAWAN 2021 ditolak akhirnya kekal AGENDA P akatan H ancing mengencing lagi.

  2. Tidur malam temimpi2,
    Berbaring siang terbayang2,
    Dari dulu kata ada majoriti,
    Sampai sekarang TERUS TEMBERANG

Comments are closed.