Sebahagian pekerja Top Glove susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penulararan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Asrama Pekerja Top Glove, Meru. foto AFIQ HAMBALI, 17 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Top Glove mengesahkan seorang pekerjanya meninggal dunia akibat Covid-19.

Ia merupakan kematian pertama sejak wabak itu menular di asrama dan kilang syarikat itu pada bulan Oktober lalu.

Pengilang tersebut memberitahu Reuters, kes kematian itu membabitkan seorang pekerja Nepal berusia 29 tahun yang bekerja di kilangnya di Klang.

Kompleks kilang dan asrama Top Glove di Klang telah menjadi kluster koronavirus terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 5,000 jangkitan, kira-kira 94 peratus daripadanya adalah warga asing, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada 1 Disember lalu.

Pada 9 Disember, Top Glove memaklumkan seramai 5,147 pekerja di kilang di Klang telah diuji positif Covid-19.

Top Glove, pembuat sarung tangan terbesar di dunia, mengeluarkan satu per empat sarung tangan getah perubatan dunia, sehingga sekitar 250 juta sehari.

Ia memiliki 47 buah kilang dengan 41 di Malaysia dan bakinya di Thailand, China dan Vietnam dengan 36 peratus mengeluarkan sarung tangan.

Top Glove juga mempunyai 16,000 pekerja, dengan separuh daripada di kilang-kilang di Klang.

Pada 23 November lalu, Kerajaan Malaysia telah mengarahkan Top Glove untuk menutup kilang-kilangnya secara berperingkat-pekerja supaya semua pekerja dapat menjalani ujian saringan.

Jabatan Buruh mendakwa asrama pekerja yang disediakan oleh Top Glove didapati sempit. – MalaysiaGazette