Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Walaupun ‘sakit’ kerana gagal mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden di mahkamah, Donald Trump menegaskan usahanya belum berakhir.

“Ia belum berakhir. Kami masih terus berusaha,” kata Trump dalam wawancara dengan Fox News.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Mahkamah Agung Texas menolak tuntutan Trump untuk membatalkan keputusan yang memberi kemenangan kepada Joe Biden.

Electoral College yang bermesyuarat pada hari Isnin lalu mengesahkan kemenangan Biden.

Sekutu-sekutu Trump juga tewas dalam tuntutan yang difailkan di mahkamah-mahkamah rendah.

Ramai pemimpin Republikan di Kongres yang bersama-sama Trump menolak untuk mengiktiraf Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Wakil Republikan di Louisiana, Steve Scalise berkata, proses perundangan masih belum selesai walaupun Mahkamah Agung sudah membuat keputusan.

“Memang ada presiden yang mengangkat sumpah pada 20 Januari tetapi proses akan diteruskan,” katanya.

Namun, ada pemimpin-pemimpin parti sudah mula menerimanya selepas sebulan Hari Pengundian berlalu.

“Mahkamah telah membuat keputusan dan memilih Joe Biden,” kata Senator Lamar Alexander.

Alexander berkata, kekalahan Trump berpunca daripada tingkah laku presiden itu dan tindakannya dalam menangani pandemik koronavirus.

Trump dalam wawancara enggan memaklumkan sama ada beliau akan menyertai acara angkat sumpah pelantikan Biden sebagai presiden yang baharu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mamat ni ke yang tuduh SPR USA MENIPU?

    Dahulu Pakatan Hancing juga menuduh SPR Malaysia MENIPU sehingga mengheret penyokong2 mereka membuat demonstrasi2 jalangan?

    Kelakar tol!

Comments are closed.