Tun M, Ku Li Jangka Kerajaan PN Tumbang Esok | EDISI MG 7.45mlm – 14 Dis 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tampil menawarkan khidmat untuk membangunkan semula negara dan memenuhi keperluan rakyat jika kerajaan Perikatan Nasional tumbang esok kerana gagal mendapat undi majoriti dalam undi belah bahagi bacaan ketiga Belanjawan 2021.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, semua ahli Parlimen perlu membuat keputusan tentang mekanisme terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dan membantu rakyat yang semakin terhimpit akibat kesan pandemik Covid-19.