Joe Biden. foto CNBC

WASHINGTON – Badan pemilih iaitu Kolej Elektoral Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan kemenangan Joe Biden.

Bekas Naib Presiden AS itu disahkan sebagai Presiden di negara itu yang ke-46.

Biden daripada parti Demokrat menewaskan Donald Trump yang mewakili parti Republikan pada pilihan raya Presiden AS pada 3 November lalu.

Pengesahan itu sekali gus mengakhiri peluang Trump untuk menukar keputusan tersebut.

Anggota-anggota Kolej Elektoral dari seluruh negeri AS mengiktiraf kemenangan Biden yang memperoleh lebih 270 undi elektoral sekali gus membuka jalan untuknya menjadi Presiden pada 20 Januari tahun depan.

Menurut pengiraan yang didedahkan sebelum ini, Biden memperoleh 306 undi elektoral, manakala Trump mendapat 232 undi elektoral.- MalaysiaGazette