Deputy Minister of Health, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 15 DECEMBER 2020
Deputy Minister of Health, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 15 DECEMBER 2020 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. foto AFFAN FAUZI, 15 DISEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja apabila Belanjawan 2021 Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir.

Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, beliau tidak dapat mengawal kegembiraan dan berkongsi rasa teruja dengan para hadirin hadir pada majlis anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sebelum menyampaikan ucapan, Noor Azmi berkata: “Mungkin ada yang tahu bagaimana ketika di Dewan Rakyat, saya kena attack tapi hari ini saya sangat teruja sekali,”.

Dengan lulusnya Belanjawan 2021, rancangan kumpulan tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal. – MalaysiaGazette