Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bank Dunia mencadangkan kerajaan supaya melihat kepada dasar fiskal yang boleh meningkatkan perolehan dan memperbaiki keberkesanan perbelanjanaan.

Dari segi perolehan, Bank Dunia berkata, Malaysia boleh mempertimbangkan strategi-strategi yang memberi keutamaan kepada meningkatkan progesif dalam rangka kerja cukai pendapatan.

Kerajaan juga katanya, boleh memberi pertimbangan untuk menghapuskan pengecualian cukai pengguna bagi perkara-perkara bukan keperluan (non-essential items); melebarkan cukai keuntungan modal; meneroka cukai-cukai progresif lain termasuklah cukai kekayaan; memaksimumkan keuntungan daripada cukai perbelanjaan dan meningkatkan pentadbiran perolehan.

Cadangan-cadangan tersebut diutarakan dalam laporan “Pemantauan Ekonomi Bank Dunia Malaysia: Menanam Benih” yang dilancarkan hari ini.

Dalam laporan itu juga, Bank Dunia menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6.7 peratus tahun depan selepas mengunjurkan penguncupan 5.8 peratus pada tahun ini disebabkan impak pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette