Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH)  telah menaikkan taraf sistem dengan memperkenalkan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian (online) melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

Menurut kenyataan TH, langkah itu sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan masing-masing secara digital yang lebih mudah dan berkesan.

“Selain itu, kerjasama ini dihasilkan bagi memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence – CCD) dipenuhi sepenuhnya,” kata kenyataan tersebut.

Berikutan pengenalan perkhidmatan baharu itu, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan mulai 2 Januari ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemegang akaun TH boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian +603 – 6207 1919, fax : +603 – 7728 4959, atau e-mail : [email protected]. – MalaysiaGazette