TERKINI : Peningkatan 10% Pengguna Pengangkutan Awam Awal Disember Ini – Tajuddin Abdul Rahman

SUBANG – Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatatkan pertambahan penumpang sebanyak 10 peratus sejak awal Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, peningkatan itu merupakan kesan positif selepas kerajaan melonggarkan pergerakan rentas daerah dan negeri baru-baru ini.