Yang DIpertuan Agong bersama Datuk Seri Najib Razak selepas lawatan Seri Paduka kepada Tun Rahah Mohamed Noah di Kuala Lumpur hari in.- Gambar FB Najib.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Agong (YDPA) Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menziarahi ibu Datuk Seri Najib Razak di hospital hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dalam status media sosialnya menjunjung kasih kepada YDPA dan Sultan Perak kerana mencemar duli melawat ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah.

Datuk Seri Najib Razak mengiringi Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika melawat Tun Rahah Mohamed Noah di Kuala Lumpur hari ini.-Gambar FB Najib.

“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan,” katanya dalam media sosialnya malam ini.

Tun Rahah kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court di sini.- MalaysiaGazette