Sebuah van yang membawa ibu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah keluar dari ruang kecemasan selepas menghembuskan nafas terakhir di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah tiba di kediamannya di Jalan Eaton di sini pukul 6.15 petang tadi.

Kini kediamannya itu dikawal rapi oleh anggota polis.

Pengamal media juga mula berkumpul di sini untuk membuat liputan.

Terdahulu jenazah beliau dibawa pulang selepas disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Anaknya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan ibunya telah meninggal dunia pada 4:30 petang tadi.

Menurut Najib dalam satu kenyataan, jenazah dibawa pulang ke kediaman arwah bondanya hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah esok untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun Rahah meninggal dunia