Pesawat Boeing 737 MAX

WASHINGTON – Juruterbang ujian ‘menjalani latihan yang tidak sesuai’ yang dilakukan oleh para pegawai Boeing semasa pensijilan semula selepas dua kemalangan membabitkan pesawat B737 MAX menyebabkan 346 nyawa terkorban, menurut laporan Kongres.

Menurut Laporan Jawatankuasa Perdagangan Senat, ujian sistem keselamatan, sistem anti-pegun (Maneuvering Characteristics Augmentation System – MCAS) yang dikaitkan dengan kedua-dua kemalangan itu pada tahun ini adalah berlawanan dengan protokol yang betul.

Jawatankuasa tersebut membuat kesimpulan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pegawai Boeing ‘telah mewujudkan ‘keputusan yang telah ditentukan bagi mengesahkan semula faktor andaian manusia berkaitan dengan masa tindak balas juruterbang. Ia kelihatan, dalam contoh ini, FAA dan Boeing cuba berselindung maklumat penting yang mungkin menyumbang kepada tragedi 737 MAX,”.
Laporan tersebut memetik seorang yang membangkitkan perkara tersebut dengan mendakwa para pegawai Boeing menggalakkan juruterbang ujian untuk ‘ingat, terus petik suis’ pada latihan  yang menyebabkan tindak balas juruterbang dalam tempoh 4 saat, manakala dalam ujian berasingan, tindak balas jurterbang adalah kira-kira 16 saat, lapor Reuters.

Ia disahkan semasa temubual dengan seorang kakitangan FAA, tambah jawatankuasa itu.

Pelbagai laporan mendapati Boeing gagal mengkaji dengan secukupnya bagaimana juruterbang bertindak di kokpit ketika kecemasan semasa ia membangunkan B737 MAX.

Boeing barkata, ia mengambil serius terhadap dapatan jawatankuasa tersebut dan akan terus mengkaji laporan berkenaan. – MalaysiaGazette