Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengesahkan terdapat pemimpin UMNO yang menawarkan diri untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR- Parti Amanah Negara (PAN) akan terus memperjuangkan soal pakatan dengan parti-parti lain supaya dapat membentuk gabungan yang lebih kuat dan kukuh pada masa akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAN perlu mempunyai lebih ramai kawan dan dalam masa mengurangkan jumlah lawan mereka.

“Kita Amanah akan terus memperjuangkan soal pakatan.

“Kita mesti ramaikan kawan, kurangkan musuh.

“Kawan yang kita mahu adalah kawan yang mempunyai prinsip-prinsip keadilan untuk semua, ada integriti dan keupayaan untuk membentuk kerajaan yang lebih baik jika berpeluang menguasai kerajaan semula.

“Kita perlu meramaikan kawan dan mengurangkan lawan supaya mendapat sokongan majoriti.

“Jangan tinggalkan kawan lama, kawan baharu pula mesti ditambah supaya menjadi lebih kuat dan berprinsip pada masa akan datang,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Tambahnya, PAN juga tidak boleh memandang ringan peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pada pilihan raya.

Menurut Mohamad, kejayaan PAN memenangi pilihan raya ke-14 bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan seterusnya membentuk kerajaan Persekutuan adalah hasil daripada peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO yang menyokong mereka.

Dalam pada itu, bekas Menteri Pertahanan itu juga mengakui sukar untuk mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang kerana rakyat sudah muak dengan situasi politik semasa.

Katanya, PAN berhasrat untuk mengembalikan demokrasi dan sedia menerima kekalahan semasa pilihan raya.

Namun begitu, parti berkenaan tidak boleh menerima peralihan kerajaan dibuat melalui “pintu belakang” atau disebabkan ada ahli-ahli Parlimen yang menukar sokongan kepada gabungan parti lain.

“Kita hendak mengembalikan demokrasi.

“Kita menang semasa PRU-14 tetapi kita kalah semasa pilihan raya-pilihan raya kecil selepas itu.

“Kita menerima kekalahan tersebut tetapi apa yang kita tidak boleh terima adalah pengkhianatan.

“Sekarang bukan senang hendak berkempen kerana ada rakyat yang sudah tidak mahu keluar mengundi.

“Mereka kata, buat apa keluar mengundi kerana bukan parti yang menang PRU akan memerintah tetapi parti yang kalah pula memerintah,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bukan, rakyat bukan tak nak keluar ngundi sebab seperti apa yg kau cakap tu mad.
    Rakyat muak dengan politik ialah sebab masa kau merintah pun Kau balun juga di kementerian pertahanan (melaui set pol kau), syed saddiq pun balun juga, lim guan eng pun balun juga (terowong la itu la ini la), mahathir pun balun juga (direct nego, mukhriz dpt contract petron dll).
    Jadi sama la cuma yang beza nya puak kau pandai tak kena tangkap sbb puak kau kuat menyalak.
    Jadi bosan la sbb semua munafiq.
    Skrg pun sama, Pak Lebai PAS pun pandai dah nak ejas direct nego.
    Semua politik sama
    Muak muak bosan nak muntah

  2. SEJAK mat sabun ini terpilih jadi Timb Presiden Pas ….kami sudah meragui Prinsip perjuangannya… muktamar selepas itu dia kecundang bersama geng 13 keluar JEMAAH Dan menubuhkan panKHIANAT yg dipelopori DAPIGS selepas Majlis Syura membatalkan kjsama dgn dap kerana mula perlekehkan Syariah ISLAM hgga keluar kenyataan Langkah mayatku…Karpal singh mati juga.

  3. jangan BONGKAK atas kemenangan…tiada apa yang kekal abadi…nama Amanah tapi sebenarnya TIDAK AMANAH dan MUNGKIR JANJI dan MENIPU mandat RAKYAT atas Manifesto pru14 waiaupun bukan KITAB SUCI.. SEBAB itu kerja2 MUNAFIKUN ini ALLAH tumbangkan… selepas 22 bulan dan keharubiruan sehingga sekarang….sendiri kena INGAT.

  4. Ehh, ada lagi kerr orang nak berkawan dengan orang PAN nih. Setau kita, PAN bagi duit pun, orang tetap terajang parti Barua DAP nih.
    Memabglah PRU14 ngkorang boleh menang keran buat cerita bohong, fitnah, menghasut rakyat hingga percaya pada ngkorang, akhirnya 22 bulan ngkorang gormal dan ngkorang pencacai rakyat, kini kembali mereka menolak ngkorang hingga rebah macam pengemis kurap tepi jalan. Tu pun nak ego lagi. Kami netizen berdoa agar PRU15 nanti, sudah tidak ujud lagi parti PAN, parti BARUAH DAP.

Comments are closed.