Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bercakap dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menziarahi jenazah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah, Kuala Lumpur hari ini. Foto Twitter Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi dekat sini, pagi tadi.

Dr. Mahathir hadir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada akaun Twitternya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbicara sesuatu kepada Dr. Mahathir.

Kehadiran Ahli Parlimen Langkawi itu akhirnya menjawab persoalan warga net yang berteka-teki sejak semalam sama ada beliau akan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ibu Najib memandangkan hubungan dingin di antara dua bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan berangkat untuk memberi penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri kedua itu yang juga ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut kelihatan adalah pembesar dan kenamaan-kenamaan lain.- MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Tun M adalah rakan karib pada Allahyarham tun abd razak dan Allahyarhamah tun rahah sememangnya beliau akan pergi menziarahi. Cina keling toksah nk buat kari campor sup babi ya buat cerita buruk2 nk memecah belah kan org2 melayu.

  2. Sememangnya TUN M dan arwah TUN Razak adalah rakan karib yg akrab…sememangnya pemergian TUN Rahah adalah amat dirasai sebagai rakan yg akrab.. Sekurang2nya TUN dh penuhkan sebahagian permintaan arwah.. mungkin nobody know.. AlFatihah utk arwah

Comments are closed.