Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angkatan Tugas Bersama (ATB) menggunakan dron bagi mengawal aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

Komander ATB, Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar memaklumkan, dron merupakan aset terkini ATB 2 yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan operasi.

“Kepadatan penempatan di Pantai Tawau dan kawasan berpaya yang luas memerlukan keanggotaan yang ramai bagi mengawalnya.

“Namun, aturgerak dron ke kawasan tersebut dapat menutup jurang dan kekangan pengoperasian.

“Tim QRF dan dron digembleng agar penyaluran maklumat terkini, semasa dan tepat serta digunakan sebagai platform aturgerak tindakan pengekangan selanjutnya. Pengawasan dan pemantauan di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) dilaksanakan siang dan malam secara berterusan,” katanya.

Tambah Johari lagi, pengoperasian dron dapat meningkatkan lagi keupayaan ATB 2 dalam melaksanakan Op Benteng bersama terutamanya daripada aspek operasi dan risikan udara di kawasan berisiko tinggi.

Langkah itu katanya, adalah bagi memastikan keselamatan dan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kredibiliti dan peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal teguh terpelihara.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan anggota operasi agar sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast