Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bagi mendengar keputusan dalam pertuduhan rasuah RM2 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Peguam bela kes rasuah RM2 juta Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merayu supaya hukuman ringan dijatuhkan ke atas tertuduh dengan jumlah denda bawah RM2,000 adalah tidak munasabah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim bangkit bangun dan meminta Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan supaya tidak menerima hujah pembelaan dalam kes tersebut.

Hujah Julia adalah tidak adil untuk cuba ‘menyelamatkan’ kedudukan Tengku Adnan sebagai Ahli Parlimen Putrajaya kerana jumlah denda kurang RM2,000.

“Ini adalah kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit, yang mana tertuduh sendiri pernah memberitahu mahkamah wang berjuta itu hanya setakat duit poketnya.

“Jadi apakah adil untuk mendenda tertuduh kurang dari RM2,000, walhal kesalahannya melibatkan rasuah jutaan ringgit? Jawatan Ahli Parlimen itu boleh pergi dan datang, jadi apakah keperluan untuk selamatkan kedudukan beliau?,” soalnya.

Jelas Julia lagi, sepatutnya hukuman yang dijatuhkan itu perlu juga bersifat mencegah supaya kesalahan seumpama ini tidak dilakukan pada masa hadapan kelak.

Cadang Julia lagi, sekurang-kurangnya denda yang dijatuhkan ke atas tertuduh tidak kurang RM2 juta dan juga hukuman penjara.

Terdahulu peguam bela, Datuk Tan Hock Chuan ketika berhujah hampir 30 minit memberitahu mahkamah tentang sumbangan Tengku Adnan bukan sahaja untuk warga Putrajaya, sebaliknya seluruh rakyat Malaysia selama hampir 17 tahun.

“Ini juga merupakan kesalahan pertama beliau dan sumbangan beliau sememangnya besar sekali sejak berkecimpung dalam politik sekitar tahun 2001. Banyak jasanya yang perlu mahkamah ambil pertimbangan.

“Kami juga mohon supaya denda yang dikenakan ke atas anak guam kami kurang dari RM2,000,” ujarnya.

Sebentar tadi Mohamed Zaini memutuskan Tengku Adnan bersalah menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong, empat tahun lalu.

Sepanjang Mohamed Zaini membacakan keputusannya dalam kes rasuah RM2 juta membabitkan tertuduh hanya tunduk sepanjang masa.

Malah Tengku Adnan tidak menunjukkan apa-apa reaksi sebaliknya tenang ketika Mohamed Zaini membacakan keputusan bersalah itu.

Kata Mohamed Zaini, tertuduh tidak berjaya menimbulkan keraguan melampau dirinya telah menjadi mangsa kepada agenda politik pemimpin tertentu sebaliknya kesalahan rasuah itu sememangnya dilakukan tanpa ragu memandangkan bukti pendakwaan.

Ketika ini pasukan bela dan pendakwaan sedang berhujah mitigasi sebelum  hakim menjatuhkan hukuman nanti.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. VVIP/MP yang terpalit DOSA2 RASUAH Boleh pula dibicara sekian lama….penangguhan serta RAYUAN barulah PENJARA berbanding rakyat biasa…sertamerta atau PANTAS dijatuhkan HUKUMAN

  2. Manakah perginya penguatkuasaan undang-undang denda lima kali ganda wang rasuah?
    suapan 2 juta ringgit x 5 = 10 juta ringgit denda suapan, kan?
    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

  3. PELIK CARA HUKUM DI JATUHKAN,.RASUAH 2JT,DENDA 2JT……BUKAN SELALUNYA LEBIH TINGGI SAMPAI 5 KALI NILAI SUAPAN KER?NAMPAK SANGAT PENUH POLITIK PENDAKWAAN KES2 MELIBATKAN ORG2 KAYA NI.
    SISTEM KAPITALIS BERLINDUNG BAWAH DEMOKRASI,.RAKYAT JA DOK KENA HENTAM NGAN DEMOKRASI TINGGALAN YAHUDI BRITISH NI..
    TAK KIRA LA PARTI APA PON,SAMA SAJA..
    SEDRLAH RAKYAT MARHAIN,SAMPAI BILA NAK D BODOHKAN..

Comments are closed.