Antara tarikan yang dibawa oleh Spritzer di EcoPark, Taiping.

KUALA LUMPUR – Tahun 2020 hanya beberapa hari lagi dan pengeluar air mineral paling laris Spritzer Malaysia, menganjurkan sambutan musim cuti dengan Perayaan Tahunan Spritzer 2020 yang  diadakan di Spritzer EcoPark di Taiping, Perak sehingga Disember 2020.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, orang ramai boleh menyambut dan meraikan musim percutian di Spritzer EcoPark, sebuah taman lanskap hijau dan mesra alam sekitar.

“Taman lanskap ini turut menempatkan kilang pembotolan Spritzer berhampiran hutan tropika 200 juta tahun yang masih dikekalkan dalam keadaan semula jadinya,” kata Spritzer di sini hari ini.

Berikutan peraturan semasa disebabkan pandemik, Spritzer menyediakan sebilangan aktiviti untuk kanak-kanak dan keluarga di tapak sambutan, yang mematuhi prosedur standard operasi penjarakan sosial.

Antara aktiviti yang disediakan ialah permainan golf mini dan menangi edisi terhad air mineral Spritzer di dalam botol golf.

Selain itu, terdapat juga banyak lokasi untuk Instagrammable di sekitar EcoPark di mana keluarga boleh bergambar untuk disiarkan di dalam Instagram dan merakam kenangan manis.

Spritzer turut menyediakan juadah manisan kerana musim percutian yang tidak akan lengkap tanpa bertih jagung (popcorn) dan alusmitai (cotton candy).

Bagi mereka yang mahu membeli hadiah sempena Krismas, urusan penghantaran boleh dilakukan dengan kakitangan Spritzer.

“Kami maklum bahawa ramai akan ternanti-nanti untuk acara Kraf DIY sepanjang hari di mana mereka boleh menguji kemahiran kreatif mereka membuat perhiasan bertema Krismas daripada bahan-bahan kitar semula, suatu pengalaman di mana ahli keluarga boleh sama-sama menikmati keseronokan,” kata Spritzer lagi. – MalaysiaGazette