Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sepatutnya melemparkan tuduhan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering menggugat ketenteraman dan proses pemulihan ekonomi apabila mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk menggulingkan kerajaan.

Tindakan sebegini menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad merupakan ancaman terhadap kestabilan negara khususnya ekonomi.

“Suasana ekonomi dan politik negara adalah tanggungjawab bersama manakala tuduhan Khalid Samad patut dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali menggugat ketenteraman dan proses pemulihan ekonomi negara melalui kenyataan-kenyataan menggemparkan tentang dakwaan mempunyai jumlah Ahli Parlimen mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan PN. Inilah ancaman yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara.

“Saya maklum bahawa terdapat usaha oleh Ketua Pembangkang untuk menambah sokongan kerana sedar jumlah 108 yang ada kini jauh dari mencukupi.

“Oleh itu tindakan memancing Ahli Parlimen dari sebelah pihak yang disebut sebagai khianat ini telah membuktikan bahawa pembangkang hanya melaungkan soal khianat untuk didendangkan kepada penyokong mereka. Jika mereka berjaya menarik sokongan dari Ahli Parlimen lain, skripnya akan berbeza,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Konsisten membawa isu sokongan berbanding isu rakyat, beliau menyeru agar pembangkang menamakan ketua yang baharu untuk menggantikan Anwar.

“Mungkin tiba masanya untuk pembangkang menamakan Ketua Pembangkang yang baru dan lebih berwibawa dan karismatik untuk menggantikan Anwar Ibrahim,” katanya.

Berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) katanya, kerajaan berkenaan terbukti menerima sokongan yang sah untuk mentadbir apatah lagi apabila majoriti Ahli Parlimen bersetuju dengan Belanjawan 2021.

Justeru selain mahu disifatkan sengaja menghasut minda rakyat apabila menyebut PN membawa politik khianat, Khalid Samad juga dianggap telah menderhaka Yang DiPertuan Agong (YDPA) apabila berkata demikian, kerana kerajaan yang mentadbir pada hari ini telah diiktiraf.

“Faktanya, kerajaan Perikatan Nasional yang ditunjangi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin adalah kerajaan yang sah dan telah melalui proses mengikut perlembagaan. Perbuatan itu seolah-oleh tidak mengiktiraf kerajaan pada hari ini adalah seperti menderhaka kepada Yang DiPertuan Agong.

“Pada waktu bacaan pertama dilakukan, hanya 13 orang Ahli Parlimen Pembangkang bangun untuk mendesak undi belah bahagi. Mereka telah gagal teruk. Begitu juga siri-siri pengundian parlimen seterusnya. Kesemuanya dimenangi oleh blok kerajaan. Ini sudah cukup meyakinkan bahawa Perikatan Nasional adalah kerajaan yang mempunyai majoriti dan sah dalam mentadbir negara,”tambahnya.

Dalam pada itu, Nor Hizwan yakin Perikatan Nasional mampu mengendalikan cabaran yang dibawa oleh parti pembangkang kerana kerajaan kini terdiri daripada kesatuan daripada pelbagai parti politik yang saling bekerjasama.

“Sementara Anwar Ibrahim masih mengejar bayang-bayang, Perikatan Nasional akan terus mengemudi negara dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama,” tambah beliau.

Semalam, Khalid berkata, parti-parti politik pembangkang perlu hentikan segala urusan dengan golongan pembawa atau pendokong politik khianat.

Jelasnya, keinginan membawa kumpulan daripada PN akan menyebabkan pembangkang berpecah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Antara gah diungkap Anwar adalah, “Naik menang Putrajaya hari ini, esok angkat sumpah, 24 jam harga minyak turun.” Tetapi hakikat yang terjadi, sepanjang hampir setahun PH menerajui Putrajaya, harga minyak hanya sekali turun itupun cuma beberapa sen. Terlalu jauh dari janji yang pernah dibayangkan kepada rakyat selama ini.

    Bahkan penuh yakin, Anwar menempelak kebimbangan bankrap yang dialasankan pemerintahan BN untuk membatalkan hutang PTPTN. Anwar cukup sedih menzahirkan simpatinya kepada graduan yang cuma bergaji RM1,100 tetapi dikejar untuk tetap membayar hutang PTPTN. Malangnya di bawah pemerintahan PH, penghutang PTPTN tetap dihambat dengan pelbagai kaedah. Malah, gaji minimum yang diperjuangkan RM1,500 tetapi ditetapkan pada kadar RM1,100 oleh Kerajaan PH. Logiknya bagaimana graduan akan membayar hutang jika bergaji secupak itu?

    Tarif elektrik yang dibidas beliau menguntungkan kroni Umno, ditegaskan beliau dengan notis dua minggu untuk kadarnya diturunkan apabila menerajui Putrajaya. Tiba-tiba di bawah Kerajaan PH, rakyat sudah menerima ‘notis’ bayangan bahawa kadar tarif air pula bakal dinaikkan.

    Beliau juga lantang membidas hubungan kronisme pemimpin dahulu dengan konglomerat pengeluar gula dan pemilik stesen Astro yang didakwanya mahal. Adakah sejak PH berkuasa harga gula dan barangan lain turun, sementara pakej Astro semakin murah? Sebaliknya PH semakin mendapat liputan lebih baik daripada stesen tv berkenaan.

    Dan sekarang Meroyan GILA MAIN NOMBOR…dan MENIPU letak jawatan K Pembangkang jika GAGALkan belanjawan dan jatuhkan P N….terus berMUNAFIK,, ,SENDIRI KHIANAT manifesto..salahkan PIHAK lain.

  2. SYUKUR kami tidak terlibat dgn Tabung haram pan…fitnah berjela duit hanya ada rm 450juta semasa mentadbir kononnya sudah disonglap..tergila2 nak HAPUSkan PENCEN PA..mansuhkan DAN kecilkan PA segala subsidi BRIM nelayan ibu tunggal pelajar dn siswa .MUNAFIK dalam manifesto TIADA lagi Hutang peneroka FELDA..ptptn..mansuh tol pendidikan percuma ..petrol Petronas boleh MURAH dan TURUN semua hebat dari RAFIZI..dan KEMARUK jadi PM dari anwar GILAAA

Comments are closed.