emas

ANKARA – Turki menemui simpanan emas yang dianggarkan seberat 3.5 juta aun (99 tan) di atas tapak lombong milik pengeluar baja, Gubretas di wilayah Marmara, menurut ketua syarikat tersebut.

Berdasarkan harga semasa emas, simpanan emas itu bernilai kira-kira AS$6 bilion, kata Pengerusi Gubretas, Fahrettin Poyraz kepada agensi berita, Anadolu.

Sebagai sebahagian daripada proses pencarian emas, Gubretas menubuhkan sebuah syarikat perlombongan, Mades AS.

Poyraz berkata, penemuan baharu itu merupakan antara lima lombong emas terbesar dunia.

Emas tersebut akan dilombong Maden AS dalam tempoh dua tahun, tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast