Lim Guan Eng. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Polis telah menunda sesi merakam kenyataan Lim Guan Eng yang dijadualkan esok dan akan menetapkan satu tarikh baharu pada tahun depan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh peguam beliau, Gobind Singh Deo.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan murah hati telah memohon maaf dalam pesanan teks kepada saya atas kekhilafan pegawai beliau menetapkan sesi merakam kenyataan saya pada sehari sebelum Krismas,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Sebelum ini, polis menetapkan beliau dirakam keterangan di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada jam 10 pagi esok berhubung dua kenyataan media yang dilakukannya ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata yang menyifatkan ia merupakan tindakan yang betul berkata: “Jangan beri modal free bagi depa hasut Rakyat,”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.