TERKINI : Saya Sangat Gembira Dengan Harga Malaysia Dapat Untuk Vaksin Covid-19 – Khairy

“Selain daripada memuat naik ciapan di Twitter, saya juga telah sampaikan kepada PAC bahawa saya bersedia pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media berkenaan Perkembangan Perolehan Vaksin Covid-19 Negara di sini hari ini.

Ketika disoal wartawan sekiranya ada dalam kalangan jawatankuasa PAC melanggar persetujuan perjanjian kerahsiaan (NDA), Khairy berkata, beliau tidak mempunyai pilihan kerana seboleh-bolehnya mahu bersikap telus.