Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela di sini tergendala pagi ini selepas salah satu gerabaknya terbakar.- Gambar ihsan Bomba KL.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela di sini tergendala pagi ini selepas salah satu gerabaknya terbakar.

Semua penumpang yang berada dalam gerabak itu berjaya menyelamatkan diri sebelum kehadiran pihak bomba.

Dilaporkan kejadian berlaku pukul 7. 27 pagi, kata kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus kejadian.

Sehingga kini belum ada kenyataan terkini daripada Rapid KL atau Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).- MalaysiaGazette