Keadaan tangan kanak-kanak perempuan yang tersepit di lif sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, dekat sini.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun patah tangan sebelah kiri selepas tersepit di pintu lif.

Kejadian itu berlaku di Blok A, Tingkat G, Laman Tasik Kondominium di Bandar Sri Permaisuri.

Komander Operasi Kanan, Zulkifly Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 petang dan terus ke tempat kejadian.

Kanak-kanak yang tersepit di pintu lif kini dirawat di HUKM.

”Anggota bomba bertindak mengumpil pintu lift tersebut menggunakan peralatan Rescue Spreader dan menghantar mangsa ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans EMRS untuk tindakan
seterusnya,” katanya di sini. – MAlaysa

Se