Pasukan polis berada di lokasi tempat kereta yang dinaiki empat penyamun.

SUNGAI BULOH – Satu geng samun berjaya dicekup selepas aksi tembak-menembak dan kejar-mengejar di Sungai Buloh tengah hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, keempat-empat suspek yang ditemui di dalam sebuah kereta Perodua Axia itu dalam keadaan tidak sedar diri.

Insiden tembak-menembak itu berlaku selepas geng samun yang terdiri daripada empat lelaki itu cuba melepaskan diri dari polis selepas melakukan rompakan di sebuah rumah.

Mereka yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri.

“Semasa kejar-mengejar itu, kereta suspek juga telah melanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal yang merupakan penghantar makanan e-hailing GrabFood.

“Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta demi mempertahankan anggota polis dan orang awam daripada dicederakan penyamun-penyamin berkenaan,” katanya.

berita lanjut akan menyusul…