Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gempa bumi dengan 5.8 skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada jam 7.43 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berlaku di 73 kilometer barat dari Tagatay City, Filipina dengan kedalaman 144 kilometer.

Setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette