Guru mengajar anak murid dengan penjarakan sosial bagi mematuhi SOP pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.

KUALA LUMUR – Majoriti responden yang terlibat dalam tinjauan amalan norma baharu Kementerian Kesihatan mendapati mengamalkan kawalan kendiri bagi pencegahan Covid-19 dengan iaitu memakai pelitup muka (93.3 peratus), menjaga jarak fizikal
(89.6 peratus), dan mencuci tangan dengan air serta sabun atau hand sanitizer (89.7%).

Hasil tinjauan juga mendapati 93.8 peratus responden berani menegur ahli keluarga untuk memakai pelitup muka; 90.1 peratus responden berani menegur ahli keluarga untuk menjaga jarak fizikal; dan 90.8 peratus responden berani menegur ahli
keluarga untuk mencuci tangan dengan air dan sabun.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, tinjauan dalam talian itu diadakan pada 25 hingga 30 November lalu melibatkan 36,841 responden.

Objektif tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti amalan norma baharu yang diamalkan dalam kalangan komuniti dan mengenal pasti pemerkasaan komuniti dalam menegur ahli keluarga, rakan-rakan dan individu-individu lain untuk mengamalkan norma
baharu di Malaysia.

Menurutnya, mengenai teguran kepada rakan-rakan pula, didapati 82.2 peratus responden menyatakan mereka berani menegur rakan-rakan mereka untuk memakai pelitup muka; 79.4 peratus responden berani menegur rakan-rakan untuk menjaga
jarak fizikal; dan 79.2 peratus responden berani menegur rakanrakan untuk mencuci tangan dengan air dan sabun.

Walau bagaimanapun, sekiranya teguran tersebut melibatkan orang lain, hanya 57.3 peratus responden berani menegur orang lain untuk memakai pelitup muka; 59.6 peratus responden berani menegur orang lain untuk menjaga jarak fizikal; dan 56.7 peratus
responden berani menegur orang lain untuk mencuci tangandengan air dan sabun.

Hasil tinjauan ini merupakan satu dapatan amat positif dan memberangsangkan, sekali gus menunjukkan masyarakat Malaysia mempunyai kawalan kendiri yang tinggi. – MalaysiaGazette