Arceli Nucos melakukan senaman pagi di kampung halamannya di Caba, La Union. foto Agensi

LA UNION – “Setiap langkah adalah berharga dan merupakan satu keajaiban bagi saya” kata Arceli Nucos yang telah selamat pulang ke rumah.

Arceli, pekerja migran yang terselamat dalam kemalangan Lucky Plaza di Singapura sedang menjalani pemulihan fizikal dan mental selepas terbabit dalam kemalangan kereta.

Kemalangan itu berlaku di luar pusat membeli-belah di Singapura pada Disember tahun lalu.

Beliau telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat kecederaan yang dialaminya.

Manakala, adiknya, Aryln terkorban ketika kejadian tersebut berlaku.

Walaupun sedih kehilangan adiknya, Arceli berkata, dia bukan seorang yang pendendam dan mudah berputus asa, kerana masih banyak lagi perkara yang harus disyukuri.

“Majikan, orang tersayang dan adik ipar saya selalu mengunjungi saya.

“Selain itu, jururawat yang menjaga saya juga seorang yang baik.

“Sentiasalah berfikir positif dan berjuang. Kerana ketika saya berada di rumah sakit, saya tidak pernah menganggap ini sebagai masalah.” katanya sambil tersenyum ketika ditemubual oleh Channel News Asia (CNA).

Setelah keluar dari hospital, Arceli tinggal bersama majikannya selama sebulan.

“Saya tidak dapat bekerja. Majikan saya yang pula menjaga saya,” kata Arceli – MalaysiaGazette