Larry Sng Wei Shien

KUALA LUMPUR – Selepas hampir lima hari meletak jawatan parti, akhirnya Larry Sng Wei Shien kembali menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Pengerusi Interim PKR Negeri Sarawak.

Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, beliau bersama-sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan berhubung peletakan jawatannya semalam.

Katanya, antara intipati perbincangan itu melibatkan meletakkan pemimpin Dayak menerajui parti itu pada masa depan dan pemilihan calon pilihan raya.

“Perbincangan panjang lebar tentang pelbagai perkara yang memerlukan fokus di Sarawak akhirnya kami capai persetujuan, saya akan terus kekal menjadi Pengerusi Interim PKR Sarawak ketika ini.

“Saya sangat menghargai sokongan serta keyakinan oleh Presiden serta seluruh warga PKR Sawarak untuk saya terajui jawatan ini untuk pilihan raya akan datang. Amat berterima kasih dan hargainya,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Selasa lepas Sng melepaskan jawatan Pengerusi PKR Sarawak untuk membolehkan parti itu dipimpin pemimpin Dayak sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada tahun depan.

Sng dalam kenyataan berkata, keputusan itu diambil demi kepentingan PKR Sarawak memandangkan majoriti penduduk Sarawak ialah orang Dayak.

Bagaimanapun Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengambil ketetapan untuk menolak peletakan jawatan Sng itu.

Ketua Penerangan MPN, Abun Sui Anyit dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempaaaar MPN yang diadakan pada Selasa.

“Hasrat Larry Sng Wei Shien untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN ditolak sebulat suara oleh semua ahli MPN Sarawak. lALU

“Larry disokong dengan mandat yang penuh dan sebulat suara oleh semua ahli mesyauarat MPN Sarawak untuk meneruskan kepimpinannya sebagai Pengerusi MPN sehingga pemilihan PKR yang akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette