Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan tidak wajar untuk ahli politik khususnya daripada UMNO mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyelar Pas.

Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak manis sekiranya seolah-olah ada yang memberi kata dua kepada Pas yang merupakan rakan dalam Muafakat Nasional (MN).

Tambah beliau kerjasama di antara UMNO dan Pas sepatutnya lebih diperkasa menerusi MN.

“Dari sudut politik, adalah tidak manis dan tidak bijak untuk kita bertanya seolah memberi ultimatum (kata dua) pada Pas sama ada mahu PN atau MN.

“Bagi yang terlibat dalam menyiapkan Piagam MN akan faham Pas berhak buat ketentuan. Kerjasama UMNO-Pas terus diperkasa kerana ia teras muafakat ummah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sejak kebelakangan ini banyak yang bersuara namun ianya dalam kalangan ‘tin kosong’.

“Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi… Usah dinilai dari volume suaranya, tetapi tengok tengoklah isinya, latar belakangnya dan track record,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menunaikan tuntutan berkaitan Belanjawan 2021.

Puad berkata, tiga atau lima Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cukup untuk membuktikan protes kepada tuntutan yang gagal ditunaikan.

Kemudian Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi respon kepada kenyataan itu dengan berkata, seorang pemimpin sepatutnya mempertahankan sebuah penyatuan yang dibina.

Jelasnya, perpaduan dan kesatuan yang dibina menerusi sebuah kerajaan sepatutnya dipertahankan.

Puad kemudian semalam membalas kembali kenyataan Takiyuddin dengan berkata sepatutnya kenyataannya itu diulas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan Pas.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. FUAD Zakarshi…We know what you do last season …PADA rakan GURU2 JOHOR semasa kamu sebagai TIMB M pendidikan…tetapi kita berpegang Buang yang keruh ambil yang jernih bertaut kepada TALI ALLAH muafakat…TAPI kamu dan sekutu masih ada EGO SOMBONG dan DENDAM antara penyakit hati dan BISIKAN SYAITAN…muktamad
    keseorangan itu LEMAH tetapi BERJEMAAH itu KUAT JITU MANTAP

  2. Aku rasa diantara pn dengan mn rakyat akan pilih pn. Sebab didalam mn ada perompak lanun. Mn ada pengkhianat tapi pas boleh bersihkan dengan sabun islam nya. Khianat untok bela negara dan ugama bangsa kata pas maka dibolehkan. Tapi lanun perompak berkait dengan sesama manusia yang terzalim oleh kesan rompakan itu. Sebab 1mdb gst terpaksa jadi pilihan untok zakat negara oleh rakyat. Pas kata boleh juga untok jaga negara terjaga rakyat juga. Inilah diharuskan merompak untok hidup. Fatwa fatwa songsang

  3. Harap2 Puad Zakashi baca statement Annuar ni. Ahli politik tenggelam timbul ja pun Puad tu. Bosan dah dok rumah xdak jawatan, itu yg blajar blajar troll org. Bljr dr ex ketua kesayangan beliau Najib ler tu.
    Sygnya p troll sesama rakan. Patut troll la si Guan Eng yy tgh main wayang cina bab feri dan KM Penang yg main wayang cina isu air Kedah.

  4. Janji Allah pasti
    Pengkhianat tak akan mendapat kan keberkatan & keamanan.
    Itu baru dunia.
    Akhirat akan terima balasan yg lebih azab.

  5. Janji Allah pasti
    Pengkhianat SERTA TIDAK AMANAH mereka tidak akan mendapatkan keberkatan & keamanan.
    Itu baru dunia.
    Akhirat akan terima balasan yg lebih azab.TERMASUK GOLONGAN MUNAFIKUNN /FASIQ DAN KAFIRUNN serta BERSUBAHAT dan PENYOKOMG2NYA

Comments are closed.