Petugas barisan hadapan Sel Care melakukan ujian saringan kepada kanak-kanak yang dipeluk ibunya bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 23 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan daerah di Selangor mencatatkan zon merah sejak Rabu lalu apabila zon jingga terakhir iaitu daerah bertukar ke zon merah sejak 24 Disember lalu.

Menurut Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 3,476 diikuti daerah Petaling dengan 1,415 kes.

Hulu Langat dengan 1,225, Gombak 978, Kuala Selangor 380, Kuala Langat 304, Sepang 297, Hulu Selangor 61 dan Sabak Bernam 58 kes.

Turut mencatatkan kawasan zon merah adalah empat mukim di Kuala Lumpur dengan Lembah Pantai 2,467 kes, Titiwangsa 747, Kepong 591, dan Cheras dengan 574 kes positif Covid-19.

Putrajaya juga mencatatkan zon merah dengan 49 kes positif Covid-19 direkodkan semalam.

Melaka masih mencatatkan satu zon jingga iaitu di Melaka Tengah dengan 22 kes sementara dua lagi daerahnya dikategorikan sebagai zon merah iaitu Jasin dengan 255 kes manakala Alor Gajah dengan 108 kes.

Seperti biasa, Sabah merekodkan zon merah tertinggi dengan 11 daerah dengan dua zon hijau yang tidak mempunyai kes.

Semalam, Sabah merekodkan 3,243 kes dengan 675 kes di Kota Kinabalu, Lahad Datu (468 kes), Penampang (410 kes), Tawau (379 kes), Sandakan (324 kes), Tuaran (230 kes), Papar (137 kes), Putatan (131 kes), Ranau (113 kes), Kota Belud (69 kes), dan Semporna (49 kes).

Dua zon hijau di Sabah adalah Tambunan dan Nabawan dengan sifar kes positif Covid-19.

Tujuh daerah di Johor mencatatkan peningkatan kes melebihi 40 kes iaitu Johor Bahru dengan 834 kes, diikuti Kluang 670 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 160, Batu Pahat 132, Pontian 93 kes, Kulai 72 kes dan Muar dengan 46 kes positif Covid-19.

Pulau Pinang mencatatkan tiga zon merah dengan daerah Timur Laut tertinggi dengan 291 kes, Barat Daya 177, dan Seberang Perai Selatan dengan 42 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 377 kes, Kinta 89 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 53 kes.

Empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu zon merah.

Daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 871 kes, diikuti Kota Bharu dengan 99 kes, daerah Bentong dengan 95 kes, dan daerah Kota Setar dengan 54 kes.

Sarawak semakin menghampiri negeri zon hijau dengan hanya mencatatkan lima kes iaitu dua di Sibu, dan masing-masing satu kes di daerah Kuching, Serian dan Lawas. – MalaysiaGazette