Lin Qi, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Pembangunan Permainan Yoozoo

SHANGHAI – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian Pengerusi dan Ketua Eksekutif Pembangunan Permainan Yoozoo, Lin Qi yang terkenal dengan permainan strategi Game of Thrones: Winter Is Coming.

Lelaki berusia 39 tahun yang dikenalpasti oleh media tempatan sebagai Xu Yao adalah suspek utama kematian Lin pada hari kejadian, menurut laporan The Daily Beast.

Xu dilaporkan sebagai eksekutif kanan di bahagian filem dan televisyen Yoozoo.

Menurut BBC yang memetik kenyataan Yoozoo, Lin yang juga berusia 39 tahun merasa tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Lin dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun meninggal pada hari Jumaat.

Spekulasi media tempatan mengatakan Lin diracun dengan secawan teh, kata BBC.

Beliau dipercayai memiliki kekayaan bersih kira-kira 6.8 bilion yuan (AS$1 juta, £780 juta), menurut Senarai Kaya Hurun China.

Syarikat ini juga terkenal dengan novel sci-fi Cina, Three-Body Problem kerana mempunyai hak untuk adaptasi filemnya.

Tetapi pengembangannya dalam perniagaan filem tidak berhasil seperti yang diharapkan oleh syarikat dan projek untuk menyesuaikan bukum menjadi enam filem oleh Yoozoo Pictures tidak berjalan lancar. – MalaysiaGazette