KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan tahun ke tahun bertambah baik kepada negatif 3.0 peratus pada November 2020 berbanding negatif 3.6 peratus yang direkodkan pada Oktober 2020.

Penurunan keseluruhan IHPR pengeluaran tempatan disebabkan oleh penurunan indeks perlombongan (-45.8%), bekalan elektrik & gas (-0.2%) dan pembuatan (-0.1%).

Sebaliknya, indeks pertanian, perhutanan & perikanan dan bekalan air masing-masing meningkat 21.5 peratus dan 0.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 2.0 peratus pada November 2020.

Harga yang lebih tinggi dilaporkan oleh empat sektor yang merangkumi pertanian, perhutanan & perikanan (11.1%), perlombongan (4.4%), pembuatan (0.9%) dan bekalan elektrik & gas (0.7%).

Sebaliknya, tiada perubahan bagi indeks bekalan air.

IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari hingga November 2020 turun 2.7 peratus, menyamai perubahan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020.

Sementara itu, bagi prestasi tahun ke tahun IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, kesemua peringkat mencatatkan penurunan.

Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya turun 12.3 peratus diikuti bahan perantaraan, bekalan & komponen 1.0 peratus dan Barang siap 0.2 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast