Adik Muhammad Nor Faizal menerima kejutan istimewa kunjungan dan hadiah telefon bimbit baharu dari Nik Ezanee selepas menjadi mangsa kecurian baru-baru ini.FOTO: IPD PJ

PETALING JAYA – Nasib malang seorang pelajar sekolah yang menjadi mangsa kecurian ketika menjual burger secara sambilan mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Pelajar sekolah berusia 14 tahun itu dikejutkan dengan kunjungan Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang menghadiahkan beliau sebuah telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu berkongsi detik malang yang dialami pelajar kuran bernasib baik itu dalam ruang Facebook rasmi ibu pejabat polis itu.

Adik Muhammad Nor Faizal menerima kejutan istimewa kunjungan dan hadiah telefon bimbit baharu dari Nik Ezanee selepas menjadi mangsa kecurian baru-baru ini.FOTO: IPD PJ

Semalam, Nik Ezanee yang meluangkan masa mengunjungi Muhammad Nor Faizal Nordin di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya berkata: “Adik Muhammad Nor Faizal yang berumur 14 tahun, berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah telah menjadi mangsa kecurian.

“Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi, ketika adik Faisal meninggalkan gerainya untuk ke tandas. Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan,” katanya.

Adik Muhammad Nor Faizal menerima kejutan istimewa kunjungan dan hadiah telefon bimbit baharu dari Nik Ezanee selepas menjadi mangsa kecurian baru-baru ini.FOTO: IPD PJ

Atas dasar prihatin, kata Nik Ezanee, sumbangan itu diharap memberi semangat kepada remaja tersebut agar terus cekal untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. – MalaysiaGazette