Pesawat American Airlines. foto Business Journal

NEW YORK – Pesawat bermasalah Boeing, 737 Max kembali ke udara Amerika Syarikat dengan membawa para penumpang selepas digantung operasi selama dua tahun.

Penumpang tersebut menaiki pesawat 718 American Airlines, berlepas dari Miami sekitar jam pada hari Selasa, jam 10.30 pagi.

Pesawat itu dijadualkan mendarat di New York pada pukul 1.30 tengah hari, sebelum melakukan perjalanan pulang pada hari Selasa petang.

Pesawat 737 Max digantung daripada operasi di seluruh dunia pada bulan Mac 2019 selepas 346 orang penumpang Lion Air dan Ethiopia maut dalam tragedi,

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), telah dikritik oleh pembuat undang-undang dan pakar keselamatan kerana melakukan pekerjaan yang buruk dalam memberi pengesahan penerbangan kepada Max.

Kanada dan Eropah dijangka memberi kelulusan kepada pesawat 737 Max dalam beberapa minggu lagi.

Boeing juga telah menerima beberapa tempahan baharu Max sejak kebelakangan ini.

Tetapi tunggakan tempahan keseluruhan Boeing menguncup lebih daripada 1,000 pesawat pada tahun 2020.

Seperti syarikat penerbangan lain, American Airline memaklumkan, mana-mana penumpang yang bimbang untuk terbang dengan Max boleh menempah semula perjalanan mereka.

Kira-kira 2,600 juruterbang Boeing 737 akan dilatih semula untuk menerbangkan Max.

Selain pengawasan FAA, setiap jet Max akan menjalani pemeriksaan dalaman dan penerbangan kesiapan sebelum membawa penumpang.

Dalam pada itu, United Airlines menjangka menerbangkan semula 737 Max pada 11 Februari depan, bagi penerbangan Denver dan Houston.

Sementara, Alaska Airlines pula dijadual menggunakan pesawat berkenaan semula untuk ke Pantai Barat mulai 1 Mac 2020.

Namun, Southwest Airlines tidak menjangka terbang semula dengan 737 MAx sehingga suku kedua tahun depan.

Tetapi Delta Air Lines pula memaklumkan tidak akan menggunakan pesawat ini.

Gol, syarikat penerbangan Brazil akan menjadi syarikat pertama di dunia untuk menerbangkan pesawat komersial bulan ini, diikuti Aeromexico. – MalaysiaGazette